JellyPages.com

nuffnang ads

pengikut sayer

Wednesday, June 18, 2014

PEMBANTU KLINIK

ASSALAMUALAIKUM

kenapa tajuk PEMBANTU KLINIK??

sebab aku nak bagitau situasi sebenar pekerjaan pembantu klinik...
ramai cakap kerja dalam klinik ni duduk sahaja hakikat sebenarnya TIDAK..
sama sahaja macam kerja tempat lain...tak ada istilah duduk sahaja...
kalau klinik tu jenis memang sentiasa ramai orang datang korang takkan dapat merasa DUDUK SAHAJA...

hakikatnya ramai yang tak mampu bertahan.....
lagi lagi masa awal awal kerja nak kena hafal ubat-ubatan, dos-dos, fungsi-fungsi ubat-ubat tu..
ingat senang ke sebab ada yang tak sanggup nak hafal lepas tu bagi alasan susah nak hafal...
hello..banyak cara nak bagi ingat benda-benda tu semua...bukan setakat hafal...

nak kena restock ubat lagi...weekly kena cleaning klinik lagi...
enter rekod pesakit yang datang hari tu...1 shift ada masa boleh cecah 50-60 orang..
tu belum 1 hari punya shift lagi...
memang nampak senang tapi dah kerja baru rasa susah nya..
tapi yang susah masa mula-mula kerja je...
dah lama-lama ok la
ye la masa mula-mula tu nak kena ingat semua yang aku cakap kat atas tu..

ada yang baru kerja satu hari/dua hari esoknya terus tak datang kerja...
bila call cakap nak resign..alasan susah nak hafal ubat..
aduhai..hendak seribu daya..
kerja mana yang senang...semua kerja susah masa mula-mula kan...
pokok pangkalnya hati...kental ke tak kental..tahan ke tak tahan..
sungguh ke tidak...
jadi sebelum mintak sesuatu kerja tak kira la apa-apa kerja sekalipun tanya pada hati betul-betul ke nak kerja tu..
lau niat tu betul in shaa allah semua kerja akan jadi mudah..
lagi satu jangan pandang semua kerja tu senang...
setiap pekerjaan berbeza cara kerjanya...

lagi satu jangan terlalu pandang rendah pada kerja seseorang...
tak kira la dia kerja ngan orang ke...kerja sendiri ke..
janji kerja mereka tu datang dari hasil yang HALAL..

jangan rasa kerja kita tu dah terlalu mulia sampai boleh pandang rendah dengan pekerjaan seseorang...
hormat orang tak kira apa pangkat sekalipun....


ok la rasa dah jauh melalut dari tajuk asal...
tujuan aku buat entry berkenaan PEMBANTU KLINIK ni sebab aku nak bukak mata orang sekeliling yang suka pandang mudah kat kerja PEMBANTU KLINIK ni..
sebab aku pun kerja sebagai PEMBANTU KLINIK jugak...
kami pun tak suka orang cakap kerja kami ni duduk sahaja setiap masa..
mana mana kerja susah tapi lau kita ikhlas, semua kerja jadi senang...
sebab tu semua tengok kerja kami ni relax je...
kalau nak tau cuba la mintak kerja jadi PEMBANTU KLINIK ni..
tapi dengan syarat pilih klinik yang memang sentiasa jadi tumpuan ramai...
jangan pilih klinik yang suam suam kuku...

luahan hati dari seorang pembantu klinik.....
wassalam


No comments: